Tuesday, October 20, 2020
Home Resipi Resepi Kek Coklat Indulgence Lebih Sedap Dari Kedai Kek

Resepi Kek Coklat Indulgence Lebih Sedap Dari Kedai Kek


9
/ 100


Assalamualaikum semua.😊

Saya share semula resipi Indulgence cara saya. Maaf kalau tak sama dengan awak-awak punya resipi tapi yang ni saya guna untuk jualan dan paling digemari oleh pelanggan.

Ini antara pesanan :
* saya guna tepung optima/sponge mix
* resipi mousse saya memang tak guna gelatin
* kalau nak guna moist choc cake sebagai base pun boleh juga terpulang citarasa masing-masing
* bila nak satukan mousse tu pastikan non dairy whipping cream/ fresh cream dah pukul kental kemudian campurkan coklat yang dah siap double boil waktu coklat masih panas. Gaul laju-laju untuk elak dia berketul
* bahan-bahan lebih bagus cari dikedai bahan kek sebab semua lengkap. Kalau tak kenal bahan boleh tanya dengan tuan kedai.
* saya guna coklat jenama Berlys, fresh cream jenama Value Pride
* kalau kali pertama buat tak jadi jangan putus asa. Cuba dan terus cuba.😊

Kek choc Indulgence

Resipi kek span coklat:
300g sponge mix coklat
300g telur
60g air
Sedikit esen vanila
60g minyak sayuran

Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9″. Bakar suhu 170′ selama 40min. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya..
Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.

Bahan untuk mousse coklat:
150g dark compound
300g non dairy whipping cream

Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.
Putar whipping cream hingga gebu.
Satukan dua bahan ni.

Bahan untuk mousse putih:
150g white compound
300g non dairy whipping cream

Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.

Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.

Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.

Bahan untuk melepa keseluruhan kek:

300g non dairy whipping cream/fresh cream pukul hingga kental

Bahan ganache coklat:
300g dark compound
150g whipping cream
1sb marjerin

Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.

Dah siap semua boleh la hias ikut kreativiti masing-masing. 😊

Kredit Resepi :norlailanazira mohd agos

Sedapnya..😋

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments