Tuesday, October 20, 2020
Home Uncategorized Rahsia Buat Samosa Yang Mudah Dan Sedap

Rahsia Buat Samosa Yang Mudah Dan Sedap


9
/ 100


  1. SAMOSA 😋

    Bahan-Bahan:

    Bahan untuk inti:
    3 biji kentang saiz besar atau 500 g kentang, dipotong dadu
    1 batang karot, dipotong dadu
    sayur campur (jika suka, dan kalau guna sayur campur tak perlu lagi masukkan karot)
    1 tangkai daun kari
    2 biji bawang besar, dipotong dadu
    3 ulas bawang putih, dicincang halus
    3 sudu besar rempah kari daging
    1 cawan daging atau ayam cincang
    1/2 senduk minyak masak
    garam dan gula secukup rasa

    Bahan untuk kulit samosa:
    kulit popia secukupnya
    2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air

    Cara Penyediaan:

    Cara untuk inti:
    Rebus kentang separuh masak dan toskan.
    Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian diikuti bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
    Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air, dan tuang ke dalam bahan tumis tadi.
    Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kalau minyak agak berkurangan, boleh tambahkan lagi minyak supaya rempah masak sempurna.
    Apabila rempah sudah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak, masukkan daging atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak.
    Masukkan karot (atau sayur campur). Masak sehingga karot lembut kemudian diikuti kentang.
    Perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
    Angkat dan sejukkan. Apabila inti telah sejuk, boleh di balut dengan kulit popia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments