Sunday, October 25, 2020
Home Covid 19 Pengenalan Covid 19

Pengenalan Covid 19


18
/ 100



PENYAKIT
CORONAVIRUS (COVID-19)


Soalan 1: Apakah
Coronavirus?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran
pernafasan.

Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome
coronavirus
(SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV).

Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).
Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa
kepada radang paru-paru (
pneumonia) yang teruk.


Soalan 2: Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah
pengalaman KKM menangani masalah ini?


Coronavirus atau COVID-19 adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung
dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk
mempelajari
characteristic and behavior virus ini.


KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus
COVID-19 ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain
dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV.


Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada
prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster
atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip
yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan COVID-19 ini.


Soalan 2: Bagaimanakah coronavirus 2019 (COVID-19) merebak?
Cara penularan Coronavirus (COVID-19) masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun
jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan
akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke
semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan
kebersihan diri yang baik.

Soalan 3: Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung surgical atau N95,
adakah ianya membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19?


Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan
kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan
oleh orang awam.

Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan
air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.


Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh
menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ia lebih sesuai digunapakai oleh
anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.


Soalan 4: Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19?

Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.


Soalan 5: Saya mempunyai gejala batuk dan hidung berair. Saya baru balik dari
mengembara ke negara-negara yang terdapat kes pneumonia disebabkan jangkitan
COVID-19.

Perlukah saya pergi ke klinik swasta atau adakah saya perlu pergi ke
Jabatan Kecemasan & Trauma hospital Kerajaan?
Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan
saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair.

Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti
kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (
surgical mask) apabila anda ke
sana.


Soalan 6: Apakah rawatan untuk jangkitan Coronavirus (COVID-19)?

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

Soalan 7: Adakah penyakit jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) ini boleh
menyebabkan kematian? Apakah pebezaannya dengan SARS?

Coronavirus(COVID-19) ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian,
terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Walau bagaimanapun ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari
semasa ke semasa.

Soalan 8: Bolehkah saya mengunjungi negara China?

KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara China agar
menangguhkan perjalanan kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan.
Dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke China, segera dapatkan rawatan
perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk

atau kesukaran bernafas.

Sila maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang
merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan COVID-19.

Soalan 9: Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19?

Pengembara ke negara China dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk
sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:


• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan
dengan menggunakan air dan sabun atau
hand sanitizer;


• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (
face mask) serta hand
sanitizer
untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;


• Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;


• Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat
sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh
lawatan; dan


• Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan
sempurna semasa dalam tempoh lawatan.


Soalan 10: Rakan sekerja / rakan sekelas / kawan saya melancong ke China semasa
cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Apabila mereka kembali, adakah mereka
perlu mengasingkan diri mereka?

Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya dikesan demam
dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk
pemeriksaan lanjut.

Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home Assessment
Tool
serta Health Alert Card (Lampiran1). Meraka dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan
perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2 minggu. Sekiranya bergejala, segera
mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan membawa bersama
Health Alert Card.

Sumber:

MyHealth.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments