Tuesday, October 20, 2020
Home Umum Kenali YDPA Malaysia yang Ke-16

Kenali YDPA Malaysia yang Ke-16


71
/ 100


Siapa yang tak kenal dengan YDPA Malaysia yang ke-16 kan.

Terkenal dengan sikap rendah diri dan peramah, kehadiran baginda sering ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata.

Baginda adalah YDPA Malaysia sekarang yang mengganti YDPA yang ke-15 sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baginda ditabalkan sebagai YDPA sejak 31 Januari 2019.

Baginda akan menyandang jawatan YDPA selama 5 tahun.

Biodata YDPA Malaysia

Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Keputeraan
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang

PENDIDIKAN YDPA MALAYSIA

1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang

1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.

1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang

1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.

: Davies College, London, United Kingdom.

1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom

1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan

1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)

: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.

1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah

1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah

1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah

 

Jawatan Yang di Pegang oleh YDPA Sebelum Ini

Pelantikan Tengku Mahkota Pahang

1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.

Pelantikan Pemangku Raja Pahang

Baginda pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Sukan
Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Isteri
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Keputeraan
5 Ogos 1960

Anakanda putera dan puteri
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan disandang

  • Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
  • Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
  • Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia

Bola Sepak

  • Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
  • Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Hoki

  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
  • Presiden Persekutuan Hoki Asia
  • Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa

Polo

  • Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
  • Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)

Skuasy

  • Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)

Golf

  • Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)

Menembak

  • Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Pencapaian

  • Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
  • Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
  • Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
  • Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
  • Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia

 

Sumber Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments