Tuesday, October 20, 2020
Home Trending Jom Kenali 'Durian Paduka' Yang Pernah Dinobat Durian Terbaik Negara Tahun 80-An

Jom Kenali ‘Durian Paduka’ Yang Pernah Dinobat Durian Terbaik Negara Tahun 80-An


6
/ 100


Jika di Pahang terkenal dengan penanaman durian Musang King, Pulau Pinang popular dengan Udang Merah dan Perak pula sentiasa dikaitkan dengan durian terbaik Batu Kurau — namun siapa sangka di negara kita sekitar tahun 80-an jenama durian terbaik sebenarnya adalah DURIAN PADUKA atau D148.

 

Mesti ramai yang macam baru pertama kali je dengar jenama durian Paduka ini, kan?

Namun masyarakat di Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak — di mana tempat asal penanaman durian Paduka pernah merasai zaman kegemilangan durian tersebut hingga pernah diiktiraf sebagai durian terbaik di negeri itu pada tahun 1985.

ASAL-USUL DURIAN PADUKA

Durian Paduka mendapat namanya sempena Kampung Tok Paduka Raja dan diberikan oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib, ketika menyampaikan hadiah kemenangan pada pertandingan durian peringkat negeri di Kampung Gajah pada 1985.

 

Pada asalnya durian Paduka ditanam Allahyarham Abdul Malek Kulub Aji di dusun miliknya seluas 8 hektar.

Menurut seorang daripada 13 waris Allahyarham, Nordin — durian itu dikumpul oleh arwah ayahnya sekitar 70-an hingga 80-an, daripada pemilik dusun tradisional di Kampung Tok Paduka Raja.

 

CIRI-CIRI ISTIMEWA DURIAN PADUKA

Sehingga hari ini durian tersebut pokoknya masih ditanam seluruh negara oleh pembeli bakanya, malah ketika ini dusun di Institut Agro Usahawan (iGROW) di Kampung Gajah juga mempunyai kira-kira 120 batang pokok pelbagai variasi durian kampung dan daripada jumlah itu dianggarkan hanya terdapat 10 batang pokok durian paduka.

 

Istimewanya pokok durian Paduka mampu mengeluarkan antara 200 hingga 300 biji buah setiap pokok. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments