Sunday, October 25, 2020
Home Trending Hina Sultan Johor Dan TMJ, Pesara Didenda RM5 Ribu

Hina Sultan Johor Dan TMJ, Pesara Didenda RM5 Ribu


9
/ 100


Kajang: Akibat membuat kenyataan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pesara didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mahadi Ibrahim, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, bapa kepada lima orang anak itu didakwa membuat kenyataan tersebut melalui aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 10.48 malam, 4 Jun lepas di Taman Semenyih Indah daerah Hulu Langat.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mahadi merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda minimum kerana dia penanggung tunggal keluarga, selain mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi yang memerlukannya membuat rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin berkata bahawa sebagai rakyat Malaysia perlu berpegang teguh kepada rukun negara, satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.

“Institusi Diraja perlulah dihormati dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Saya mohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dapat dikenakan kepada OKS,” katanya.

Mahadi membayar denda tersebut.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments