Tuesday, October 20, 2020
Home Resipi Cara Buat Sizzling Yee Mee Yang Sangat SEDAP!

Cara Buat Sizzling Yee Mee Yang Sangat SEDAP!


20
/ 100


Biasanya kalau kita pergi ke mall atau kedai makan mesti teringin nak makan yang lain dari masakan kat rumah kan.

Itu sebab kadang-kadang sizzling yee mee ni jadi laku keras di RnR ataupun di food court. Sebab rasa dia yang sedap dan boleh makan panas-panas.

Kali ni kami akan kongsikan resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Puan Maya Miera.

“Sizzling Yee Mee lagi sedap dari food court, puas makan boleh letak ayam dan cendawan banyak-banyak.Saya buat untuk 15 orang makan.”

Bahan-Bahan:

2 ekor ayam (dipotong kecil)
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1 senduk minyak masak utk menumis

Cara Membuat:

1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.

2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.

3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.

4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.

Info Ekstra!

  • Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je.
  • Masukkan kuah yang dah siap tadi, masukkan mee dan telur.

  • Bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

*Buat kicap + cabai melaka sama..fuhh sedapppp

Selamat Mencuba.

 

Sumber:

Minguan Wanita

Maya Miera *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments