Tuesday, October 20, 2020
Home Resipi Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya


75
/ 100


“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…”

Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti makin sibuk di rumah. Anak-anak pula di rumah dengan 2 rutin utama mereka – main dan makanlah, apa lagi.

Alang-alang cuti sekolah ni, apa kata kita ajak anak-anak sama-sama buat aiskrim milo homemade di rumah. Boleh makan puas-puas, bahannya mudah saja. Yang penting, jimat! Ini resepi yang dikongsikan oleh Puan Azarimah Ismail.

RESEPI AISKRIM MILO YANG MUDAH, GEBU & LAZAT

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin susu cair*
  • 2 sb susu pekat *
  • 1 penutup esen vanila*
  • 1 sb ovalette*
  • sachet Milo / 3 sudu besar

CARA-CARA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN

Mula-mula, masukkan semua bahan ke dalam blender / mixer.

2. BLENDER

Kemudian, tekan suis blend / mixer selama lebih kurang 5 minit. Memang kena lama sikit untuk dapatkan tekstur yang gebu dan lembut.

3. MASUKKAN KE DALAM BEKAS

Seterusnya masukkan adunan tadi ke dalam tupperware plastik atau bekas aiskrim.

4. BEKUKAN SEMALAMAN

Akhir sekali, simpankan ke dalam freezer sekurang-kurangnya semalaman untuk dibekukan.

Lepas tu dah bolehlah makan ramai-ramai. Serang!!!

BOLEH OLAH IKUT CITARASA

Bahan bertanda * adalah base untuk aiskrim vanila. Boleh bubuh perasa lain yang digemari seperti serbuk koko, buah strawberi, oreo, sirap coklat, boleh tabur serbuk kacang, coklat beras apa-apalah yang anda suka. Yang suka coklat tu, boleh lebihkan serbuk Milo atau tambah serbuk koko.

Hah, senang kan buat aiskrim homemade ni. Boleh buat macam-macam perisa. Untuk mak-mak yang anak-anak dah cuti sekolah bolehlah cuba buat. Untung-untung boleh juga buat jualan. Mesti laris!

Jadi, tak payah beli lagi. Jom buat sendiri aiskrim Milo homemade ikut resepi yang mudah ni. Anak-anak mesti seronok dan teruja. Mak ayah pun boleh tumpang sama sejukkan tekak. Memang jimat dan berbaloi.

Kredit resepi: Puan Azarimah Ismail 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments