Sunday, October 25, 2020
Home Covid 19 Badan lesu, hilang deria bau, rasa juga gejala dijangkiti COVID-19

Badan lesu, hilang deria bau, rasa juga gejala dijangkiti COVID-19


5
/ 100


PUTRAJAYA: Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas.

Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa.

“Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.

“Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sini, hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala.

Selain itu, beliau meminta pemilik premis dan pejabat yang menggunakan alat pengesan suhu badan mematuhi syarat dan peraturan penggunaannya bagi memastikan suhu badan yang diukur tepat.

“Suhu badan manusia sihat adalah antara 36.6 hingga 37.2 darjah selsius,” katanya diminta mengulas laporan media mengenai pengambilan suhu itu jika ia benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

260 kes baharu di malaysia hari ini – COVID-19

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 terus meningkat apabila 260 kes baharu dilaporkan, hari ini, meliputi 259 penularan tempatan dan satu kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri...

Resepi Puding Lumut Yang Mudah Dan Sedap.. Berserta Tips

Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda. Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah : Ramas kelapa parut...

Resepi Lengkap Untuk Turun Berat Badan, Yang Penting Semuanya Sedap

Kami pasti azam yang sering menjadi pilihan ramai orang pada setiap tahun adalah menurunkan berat badan. Tidak kisahlah anda seorang yang besar atau kurus,...

Buat Sendiri Jimat & Berbaloi, Aiskrim Milo Yang Gebu Di Rumah. Simple Je Caranya

“Budak-budak ni pantang betul jumpa aiskrim. Sekali beli, kejap je dah habis. Kalau boleh buat sendiri bagus ni…” Bila tiba musim cuti sekolah, mak-mak mesti...

Recent Comments